Thursday 27 December 2018

Ada apa sama garam pertanian?

Garam pertanian biasanya terdiri drpd Ferum Chloride (FeCl2), Calcium Chloride (CaCl2) & Magnesium Chloride (MgCl2). Bila garam ini ditabur, ia akan terurai kepada unsur asalnya contoh CaCl2 -> Ca2+ dan Cl-. Kita semua maklum unsur seperti Calcium, Magnesium & Ferum adalah trace element yang akan diambil pokok untuk tumbesaran & penyelenggaraan. Unsur Chloride juga trace element tetapi jumlah yang diperlukan sedikit. Jika pokok mengambil terlalu banyak Chloride, Chloride Toxicity berlaku di mana daun boleh menguning atau terbakar. Pokok tak boleh handle terlalu banyak Chloride sebab Cl- adalah ion bercas negatif. Masalah garam pertanian ni adalah ia mempunyai kandungan Chloride yang terlalu tinggi untuk pokok jadi lama kelamaan boleh merosakkan kesihatan pokok.

Cara membuat minyak Neem

Sediakan: ✔️2 kg daun Neem ✔️1 liter minyak masak ✔️1 labu bawang putih *Bleh tambah juga bunga cengkeh sesudu(blend dan campurkan) *Cara memasak:* 1. Rebus Daun semambu sahaja dgn 2liter air sampai daun dah x de warna/pucat. Tapis ambik air sahaja. 2. Campurkan bahan² tadi semua sekali dgn air tapisan semambu. Masukkan air dalam periuk besar sedikit yg bleh muat periuk kecil didalamnya.. dan kukus bahan dlam periuk kecil. 3. Masak selama 2 jam dgn api perlahan. 4. Biar sejuk dahulu. 5. Tapis dgn penapis kain. *Cara penggunaan:* 30 ml Neem oil 10 ml sunlight 20 liter air *Cara Penggunaan:* 1 sudu makan minyak neem + 1 sudu makan cecair pencuci pinggan + 1 liter air, sembur pada tanaman yang kena serangan perosak. Perosak boleh dihapuskan dengan semburan minyak ini. *Kaedah dan Kekerapan Semburan:* Untuk pencegahan serangga, semburkan pada tanaman secara berkala, seminggu atau 2 minggu sekali, mengikut keperluan. https://t.me/pertanianMalaysia

Thursday 28 December 2017

Apakah Itu Rumpai?

Rumpai berkeupayaan menghasilkan banyak biji benih - melebihi 10 ribu biji benih bagi setiap pokok.

Biji benih rumpai boleh kekal dorman untuk tempoh masa yang panjang dan bercambah apabila keadaan sesuai.

Berkebolehan bercambah dengan cepat.

Berupaya bercambah secara vegetatif tanpa biji benih.

Boleh hidup di dalam kondisi yang mencabar.

Nota - Racun rumpai yang baik bukan hanya membunuh rumpai yang tidak diperlukan tetapi mesti memberi pulangan yang baik kepada petani dari segi tempoh kawalan yang cemerlang.

Kredit : Web BASF

EM

EM ada banyak jenis, berkesan untuk uraikan tinja haiwan. Superlacto = EM.

Pentingnya penjagaan Rumput


Pokok pisang di sebelah Kanan menggunakan silvershine

Silvershine untuk jangka panjang kurang sesuai kecuali untuk sayur-sayuran (recycle pendek)